Powered By Blogger

Monday, May 7, 2012

Update Hari Ini - 8 Mei 2012

Insya Allah, sekirannya tiada aral melintang, kami akan mengziarahi salah satu surau hospital di Lembah Klang ini untuk menghantar 10 lagi telekong untuk kegunaan muslimah di surau tersebut.  Kami mengucapkan terima kasih kepada insan yang telah sudi bersama-sama kami menjayakan "Projek Telekong" gRiniful.

Kepada insan-insan yang ingin terus menderma, niat murni anda amat kami hargai. Terima kasih...

Wednesday, April 25, 2012

Update hari ini - 26 April 2012

Alhamdulillah, hari ini kami telah menerima sumbangan telekong dari sahabat yang tidak disangka2. Semoga derma berterusan ini memberi manafaat kepada semua.  Insya Allah.....

Setakat ini kami telah menerima lebih dari 50 helai...

Kepada sahabat yang ingin terus menderma, kami mengalu-alukan niat murni anda.  Semoga sumbangan yang sedikit ini dapat memberi impak yang besar, dengan izin Allah..

Tuesday, March 20, 2012

LAMA MENGHILANG.....

Salam Sahabat,

Semoga anda sihat dan dilindungi Allah. Mungkin juga ada yg tertanya-tanya kenapa blog kami sunyi sepi tanpa updates untuk dikongsi. Untuk pengetahuan anda semua ahli kumpulan yang menggerakkan projek ini terdiri daripada pekerja-pekerja swasta sepenuh masa. Jadi agak sukar untuk kami update blog ni setiap hari. Harap anda semua masih kekal bersama kami.

Ok update setakat hari ini...kami telah berjaya mengumpul 20 helai telekung baru hasil sumbangan orang ramai. disamping itu juga kami telah mengeluarkan tag jenama kami sendiri untuk dijahit pada telekung2 dan kain pelekat atau apa2 sahaja kelengkapan solat sebagai usaha kami memperkenalkan projek kami. Kami juga ade menerima sejumlah surah Yaasin dari seseorang hamba Allah yang perihatin....Terima Kasih & Alhamdulillah...

Insyaallah pada hari Jumaat ni kami akan memulakan langkah setapak lagi dengan melawat dan menyerahkan hasil sumbangan orang ramai ke Surau HUKM. Kami juga sepakat akan menunaikan solat Asar berjemaah. Jika ade sesiapa yang ingin turut sama boleh bersama sama kami pada hari tu ye...

Mengenai T-Shirt Griniful, setakat ini sambutan amat menggalakkan. Lebih dari 70 t-shirt habis dijual malah ade lagi tempahan baru diterima semalam yang mahukan saiz lebih besar dan saiz kanak kanak.....Alhamdulillah...Duit hasil jualan t-shirt ini akan disalurkan ke dalam tabung sumbangan drma Untuk Akhirat dan juga Projek yang akan datang "Pemuliharaan Hutan Paya Bakau"....Insyaallah..

Rasanya cukup dulu untuk hari ni...

Ceria Selalu dan Banyakkan Beramal...Jom Derma Telekung...!

Monday, March 5, 2012

T-Shirts For Sale


Salam Sahabat,

Alhamdulillah kami telah pun berjaya mengadaptasikan hasil seni kami sendiri di atas T-Shirt yang akan dijual dengan harga serendah RM15 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma sila emailkan terus pesanan anda kepada kami ke arzian.anwar@gmail.com butir-butir diri dan jumlah pesanan beserta akuan pembayaran yang telah dibuat. Apa yang kami harapkan di sini agar anda semua masih berpuas hati dengan hasil wang sumbangan anda...Terima Kasih tidak terhingga kepada seorang sahabat kita yang telah banyak membantu dalam penghasilan T-Shirt ini...anda tahu anda siapa..hmmm...tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan gRiniful yang telah banyak menyumbang idea dah tenaga untuk menghasilkan yang terbaik walaupun dengan peruntukan yang sederhana...TERIMA KASIH SEMUA...!! Teruskan Usaha Ke Jalan Allah...AMIN... 

Size T-Shirt
S, M, L, XL

*RM15 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)

Saturday, February 25, 2012

gRiniful...

Salam Sahabat,

Alhamdulillah kami dah pun dapat cari tempat yang bole hasilkan tag kami dengan harga yang amat berpatutan...Ini la hasilnya...hmmm...Jadi jika anda terserempak dengan logo tag ni dimana2 surau awam atau dimana2 sahaja, ingat la untuk menderma ye...

Penuhkan hari anda dengan aktiviti berfaedah bersama yang tersayang...Jangan lupa ikuti kami dalam post yang akan datang ye...