Saturday, February 25, 2012

gRiniful...

Salam Sahabat,

Alhamdulillah kami dah pun dapat cari tempat yang bole hasilkan tag kami dengan harga yang amat berpatutan...Ini la hasilnya...hmmm...Jadi jika anda terserempak dengan logo tag ni dimana2 surau awam atau dimana2 sahaja, ingat la untuk menderma ye...

Penuhkan hari anda dengan aktiviti berfaedah bersama yang tersayang...Jangan lupa ikuti kami dalam post yang akan datang ye...

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah......

Syukur tak terhingga...misi kami telah berjaya dalam fasa pertama...walaupun tak sebanyak mana tapi telah ada yg telah datang sendiri menyerahkan telekung untuk didermakan...ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan usaha murni ini...

Insyaallah esok kami akan ke tempat penghasilan tag atau embroidered untuk cuba menghasilkan tag kumpulan kami dengan harga yang berpatutan....kami juga akan cuba memuat naik gambar2 yang berkaitan dengan aktiviti kami untuk dikongsi bersama anda semua....jadi jangan lupa untuk menyemak status blog ini ya..!

Tuesday, February 21, 2012

Hari Ini 22 February 2012..........

Salam Sahabat......

Alhamdulillah seperti yang telah dijanjikan kami dapat menyelitkan No Acc. bank diruangan kali ini . Kepada semua, bagi memudahkan pengurusan menderma Sila bank in wang sumbangan anda di No Acc yang diberi....Semoga Allah memberkati usaha kalian....Insyaallah....

CIMB 14300087265521 (FAZURA ALIAS)

Monday, February 20, 2012

Syukur.....

Salam Sahabat,

Insyaallah kami akan memuat naik no.acc bank untuk memudahkan urusan. Jika anda ingin memulakan sebarang urusan sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Yang baik dan sempurna itu datang dari Allah dan yang kurang kami dahului dengan permohonan maaf. Segala kekurangan akan kami perbaiki dari masa ke semasa. Oleh itu kami amat berharap apa-apa sahaja komen yang membina agar dapat kami jadikan panduan akan datang....Insyaallah.............

Thursday, February 16, 2012

TERIMA KASIH..

Salam,

Hari ini dah ada komen membina dari orang ramai tentang misi kami...Alhamdulillah.... Terima Kasih tak terhingga. Kami akan cuba menambah baik dari semasa ke semasa...Insyaallah..

Kepada semua penderma, kami belum menyiarkan apa apa nombor akaun bank dan nombor telefon rasmi blog ini buat sementara waktu. Kami akan cuba memuat naik info info penting untuk perjalan misi kami dalam status yang akan datang. Jadi selalulah lawati laman blog kami ya. Walaubagaimanapun kami masih boleh dihubungi di talian berikut: 0193197988 (Pn. Arzian Anwar) atau 0192706460 (Pn. Noraini Ismail) untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih sekali lagi...

Wednesday, February 15, 2012

LATARBELAKANG PROJEK

    Dari kajian yang telah dijalankan oleh seorang individu yang selalu bermusafir, kebanyakan telekung yang disediakan di setiap hentian Rehat & Rawat , surau, masjid dan tempat ibadah awam amat kotor dan berbau sehingga orang ramai yang singgah untuk menunaikan solat keluar semula dan membatalkan niat untuk bersolatKeadaan ini amat membimbangkan kerana solat 5 waktu adalah wajib bagi semua umat islam. Hanya kerana telekung yang tidak diselenggara dengan baik, ibadah 5 waktu ini tidak dapat ditunaikan dengan sempurnaKeadaan ini bukan sahaja berlaku di tempat-tempat awam malah dikhuatiri berlaku di rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah persendirian yang daif diseluruh Malaysia.







PERMULAAN YANG HAKIKI

Assalamualaikumwarahmatullah.......


Kami warga kerja Tradewinds Corporation Bhd ingin menjemput para dermawan, muslimin muslimat dan sesiapa sahaja yg ingin menambah saham untuk akhirat...Menderma Ke Jalan Allah...

Ini juga adalah sebahagian dari projek Corporate Social Responsibility (CSR) yang sedang diusahakan iaitu Hijau Itu Indah....gRiniful 'Green is Beautiful'. Ahli kumpulan gRiniful ini terdiri daripada 11 orang iaitu...En.Syed Syamma, Pn.Roslawati, Pn.Arzian, Pn.Noraini, Pn.Fazura, En.Rudzainee, En.Rosli, Pn. Azizah, Pn.Zuraidah, Pn.Rosliza dan juga Pn.Azrina...

Misi kami disini ialah sebagai medium yang menyediakan ruang kepada sesiapa yg ingin menderma secara online dengan menyediakan perkhidmatan pembelian barangan kelengkapan solat seperti telekung dewasa dan kanak-kanak, kain pelekat, kopiah & songkok, serta apa sahaja yg difikirkan sesuai dan halal dipakai sewaktu solat. Kami mengalu-alukan sumbangan wang ringgit yang akan digunakan untuk membeli kelengkapan ini. Semua kelengkapan ini kemudiannya akan dikumpul dah diedarkan ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti seperti surau-surau di kawasan rehat disepanjang lebuhraya, dirumah-rumah kebajikan dan masjid/surau diseluruh Malaysia dan ke rumah-rumah yang sangat memerlukannya. Barang kelengkapan ini akan kami edarkan sendiri ke tempat-tempat tersebut sebaik sahaja cukup untuk berbuat demikian. Sekiranya anda memilih untuk membeli sendiri kelengkapan tersebut, bolehlah hantar terus ke pejabat kami yang beralamat :

Tradewinds Corporation Bhd
Tingkat 21, Wisma Zelan
No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur


Untuk memastikan aktiviti kami menghalal cara, kami akan sentiasa mengemaskini blog ini dengan memuatnaik seberapa banyak gambar untuk tatapan semua...

Sebarang komen juga kami alu-alukan...

Terima Kasih dan semoga Allah memberkati perjalanan misi kami dan usaha anda sekelian....INSYAALLAH