Powered By Blogger

Wednesday, February 15, 2012

PERMULAAN YANG HAKIKI

Assalamualaikumwarahmatullah.......


Kami warga kerja Tradewinds Corporation Bhd ingin menjemput para dermawan, muslimin muslimat dan sesiapa sahaja yg ingin menambah saham untuk akhirat...Menderma Ke Jalan Allah...

Ini juga adalah sebahagian dari projek Corporate Social Responsibility (CSR) yang sedang diusahakan iaitu Hijau Itu Indah....gRiniful 'Green is Beautiful'. Ahli kumpulan gRiniful ini terdiri daripada 11 orang iaitu...En.Syed Syamma, Pn.Roslawati, Pn.Arzian, Pn.Noraini, Pn.Fazura, En.Rudzainee, En.Rosli, Pn. Azizah, Pn.Zuraidah, Pn.Rosliza dan juga Pn.Azrina...

Misi kami disini ialah sebagai medium yang menyediakan ruang kepada sesiapa yg ingin menderma secara online dengan menyediakan perkhidmatan pembelian barangan kelengkapan solat seperti telekung dewasa dan kanak-kanak, kain pelekat, kopiah & songkok, serta apa sahaja yg difikirkan sesuai dan halal dipakai sewaktu solat. Kami mengalu-alukan sumbangan wang ringgit yang akan digunakan untuk membeli kelengkapan ini. Semua kelengkapan ini kemudiannya akan dikumpul dah diedarkan ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti seperti surau-surau di kawasan rehat disepanjang lebuhraya, dirumah-rumah kebajikan dan masjid/surau diseluruh Malaysia dan ke rumah-rumah yang sangat memerlukannya. Barang kelengkapan ini akan kami edarkan sendiri ke tempat-tempat tersebut sebaik sahaja cukup untuk berbuat demikian. Sekiranya anda memilih untuk membeli sendiri kelengkapan tersebut, bolehlah hantar terus ke pejabat kami yang beralamat :

Tradewinds Corporation Bhd
Tingkat 21, Wisma Zelan
No. 1 Jalan Tasik Permaisuri 2
Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur


Untuk memastikan aktiviti kami menghalal cara, kami akan sentiasa mengemaskini blog ini dengan memuatnaik seberapa banyak gambar untuk tatapan semua...

Sebarang komen juga kami alu-alukan...

Terima Kasih dan semoga Allah memberkati perjalanan misi kami dan usaha anda sekelian....INSYAALLAH

2 comments:

  1. Hooray, I'm the first to comment lol....

    I will contribute telekung.

    Noraini Ismail

    ReplyDelete
  2. me too... insya allah, will help in anyway that I can...

    ReplyDelete