Powered By Blogger

Tuesday, March 20, 2012

LAMA MENGHILANG.....

Salam Sahabat,

Semoga anda sihat dan dilindungi Allah. Mungkin juga ada yg tertanya-tanya kenapa blog kami sunyi sepi tanpa updates untuk dikongsi. Untuk pengetahuan anda semua ahli kumpulan yang menggerakkan projek ini terdiri daripada pekerja-pekerja swasta sepenuh masa. Jadi agak sukar untuk kami update blog ni setiap hari. Harap anda semua masih kekal bersama kami.

Ok update setakat hari ini...kami telah berjaya mengumpul 20 helai telekung baru hasil sumbangan orang ramai. disamping itu juga kami telah mengeluarkan tag jenama kami sendiri untuk dijahit pada telekung2 dan kain pelekat atau apa2 sahaja kelengkapan solat sebagai usaha kami memperkenalkan projek kami. Kami juga ade menerima sejumlah surah Yaasin dari seseorang hamba Allah yang perihatin....Terima Kasih & Alhamdulillah...

Insyaallah pada hari Jumaat ni kami akan memulakan langkah setapak lagi dengan melawat dan menyerahkan hasil sumbangan orang ramai ke Surau HUKM. Kami juga sepakat akan menunaikan solat Asar berjemaah. Jika ade sesiapa yang ingin turut sama boleh bersama sama kami pada hari tu ye...

Mengenai T-Shirt Griniful, setakat ini sambutan amat menggalakkan. Lebih dari 70 t-shirt habis dijual malah ade lagi tempahan baru diterima semalam yang mahukan saiz lebih besar dan saiz kanak kanak.....Alhamdulillah...Duit hasil jualan t-shirt ini akan disalurkan ke dalam tabung sumbangan drma Untuk Akhirat dan juga Projek yang akan datang "Pemuliharaan Hutan Paya Bakau"....Insyaallah..

Rasanya cukup dulu untuk hari ni...

Ceria Selalu dan Banyakkan Beramal...Jom Derma Telekung...!

Monday, March 5, 2012

T-Shirts For Sale


Salam Sahabat,

Alhamdulillah kami telah pun berjaya mengadaptasikan hasil seni kami sendiri di atas T-Shirt yang akan dijual dengan harga serendah RM15 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli sambil menderma sila emailkan terus pesanan anda kepada kami ke arzian.anwar@gmail.com butir-butir diri dan jumlah pesanan beserta akuan pembayaran yang telah dibuat. Apa yang kami harapkan di sini agar anda semua masih berpuas hati dengan hasil wang sumbangan anda...Terima Kasih tidak terhingga kepada seorang sahabat kita yang telah banyak membantu dalam penghasilan T-Shirt ini...anda tahu anda siapa..hmmm...tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan gRiniful yang telah banyak menyumbang idea dah tenaga untuk menghasilkan yang terbaik walaupun dengan peruntukan yang sederhana...TERIMA KASIH SEMUA...!! Teruskan Usaha Ke Jalan Allah...AMIN... 

Size T-Shirt
S, M, L, XL

*RM15 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)